Khamis, Oktober 09, 2008

Wikipedia

Kumpulan The Lefthanded adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1983.
Kumpulan The Lefthanded mulai dikenali ramai setelah menyertai Juara Rock 1983 pada tahun 1983. Kumpulan The Lefthanded kemudiannya menukar nama kepada Kumpulan Lefthanded. Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka yang bermain gitar menggunakan tangan kidal.Sebelum merakamkan album, mereka sudahpun aktif dipentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.
Pada asalnya penyanyi Roy atau Rauzan Alwi (kini terkenal penyanyi lagu patriotik) merupakan penyanyi asal Lefthanded sebelum Nash. Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat bersama merakamkan album Search berjudul "Cinta Buatan Malaysia" pada tahun 1985.Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung "Keadilan" pada tahun 1986 yang benar-benar menghangatkan dunia seni muzik tanahair dengan sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock, Ramli Sarip.
Yan pula turut menyumbangkan suara didalam album Seruan , pada lagu Ringan Berat.
Pada album kedua mereka berjudul Seruan (1987), mereka menambah anggota kepada enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen 'keyboard' di dalam lagu Lefthanded.
Didalam album Evolusi (1989) kematangan mereka terserlah pada lagu-lagu yang dimainkan.
Selepas album Evolusi (1989) , Nash penyanyi utama mereka telah meninggalkan Lefthanded dan tempatnya telah digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Raja Rock, Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu kumpulan Lefthanded berkubur begitu sahaja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded. Kemudiannya Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.
Selepas itu penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire

LEFTHANDED

NAMA ASAL The Lefthanded
DITUBUHKAN 1977;
Skudai, Johor

Nash - Vox
Yan - Bass
Man Keedal - Lead Gitar
Samad - 2nd Gitar
Man Dayak (Rahman Othman) - Drum
Tom (pernah menyertai kumpulan Revolvers) - Drum
Isa - Keyboard

ANUGERAH
Album Rock Terbaik, penerbit Lefthanded, album Nafas, Anugerah Industri Muzik ke-4 (1997)
PENCAPAIAN
Album pertama, Keadilan (1986), terjual melebihi 60,000 unit.
KONSERT
Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur (2 Feb. 1986)Konsert Battle Of The Bands jelajah Malaysia (sepanjang 1986)Konsert Lefthanded di Taiping, Perak (3 Okt. 1987)Konsert Seni & Suara, bersama Ramli Sarip & Ella di Stadium Negara, Singapura (1989)Konsert Bright Gold Rock U di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (3 Mac 2007)Konsert Gemilang Merdeka di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (1 Sep. 2007)

ALBUM
Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986)
Keadilan (1986)
Seruan (1987)
Qabul (1988)
Evolusi (1989)
Fanatisme, bersama Ramli Sarip (1990)
Nafas, bersama Arab (1996)
Dimensi Baru (1998)
Syurga & Neraka (1999)
Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

ALBUM KOMPILASI
Reunion - 1 Koleksi Unggul (2003)

VIDEO MUZIK
Pencinta (1989 / TV3)

VIDEO CD
Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)

RAKAMAN SEMULA
Ku Di Halaman Rindu (1989 / Ramli Sarip - Seni Dan Suara)Ku Di Halaman Rindu (2000 / Amy - Suatu Masa)Seruan (2000 / Kamikaze - Inspirasi)Semangat Lamina (2000 / Kamikaze - Inspirasi)Ringan Berat (2001 / Seasonal Abyss - Brutal All Stars Chapter II)Seruan (2001 / Infectious Maggots - Brutal All Stars Chapter II)Tiada Lagi Kidungmu (2005 / Amuk - Interpretasi)

FILEM
Rozana Cinta '87 (1987 / pelakon undangan)Rock (2005 / lagu latar)